Pelakon, Nora Danish memberitahu bahawa beliau meluahkan rasa syukur kerana berjaya khatam Al-Quran pada 9 malam terakhir Ramadan.

Advertisement
Menerusi update di laman Instagram miliknya, Nora meluahkan rasa syukur dan seakan tidak percaya mampu khatam Al-Quran tahun ini.
“Terima kasih kepada pengikut yang mendoakan setiap kali saya kongsi perjalanan khatam. Perjalanan khatam ni juga tidak akan sempurna tanpa doa suami dan ibu tercinta. Suami yang banyak bersabar mendengar suara sumbang setiap hari. Ada hikmah PKP ni. Bagi saya, boleh fokus 110%,” tulis Nora.
Malah, Nora turut berkongsi cara bagi orang lain yang mahu menghabiskan bacaan Al-Quran.
“Pada mulanya satu muka surat nak habiskan rasa susah. Lama-lama lima muka surat jadi 10, jadi 20, jadi 30 dan seterusnya boleh cecah 150 muka surat satu hari.", tulisnya lagi.
Alhamdulillah.
Sumber: Instagram Nora Danish