Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nora Danish Menangis Sambil Peluk Anak Sulungnya Ketika Hantar Masuk Asrama

Pelakon versatil, Nora Danish tidak dapat menahan sebak ketika menghantar anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli untuk menyambung pengajian di Kolej Tunku Ja’afar, Mantin, Negeri Sembilan pada Ahad.

nora danish menangis sambil peluk anak sulungnya ketika hantar masuk asrama

Advertisement

Menerusi hantaran di laman Instagram, Nora dilihat tidak dapat mengawal emosinya sehingga mengalirkan air mata sambil memeluk anaknya Rayqal.

“Sedih hari ini, baru sekolah dekat tidak jauh dari rumah. Macam mana hendak menghantar anak jauh-jauh pergi London. Saya memang tidak boleh.

“Awak kekuatan saya, sebab menjadi diri saya hari ini. Sebab awak, sayang. Saya sayang awak.

nora danish menangis sambil peluk anak sulungnya ketika hantar masuk asrama

“Saya akan merindui awak. Mommy tidak tahu bagaimana mahu melaluinya, tetapi Mommy perlu kuat untuk awak, sayang!” katanya.

Rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan kata-kata semangat buat anaknya Rayqal yang bakal menyambung pengajiannya selain ucapan kepada pelakon untuk sentiasa menyokong anaknya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

 

Oleh: Muhammad Izwan Zainal

ERA Muzik Hit Terkini