Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nora Danish, Tiz Zaqyah Sah Positif COVID-19

Pelakon popular, Nora Danish dan Tiz Zaqyah mendedahkan mereka telah disahkan positif COVID-19, semalam.

Kedua-dua pelakon itu mengetahui keputusan ujian saringan positif mereka ketika dihubungi oleh pihak hospital pada Ahad pagi.

Advertisement

nora danish, tiz zaqyah sah positif covid-19

Menerusi hantaran di akaun Instagram, Nora telah menjalani ujian calitan (swab test) pada Sabtu kerana mempunyai kontak rapat kategori C.

“Keputusan pagi tadi mendapati Nora positif walaupun langsung tiada sebarang simptom.

“Sekarang Nora self-quarantine di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka sudah lakukan PCR test 12 tengah hari tadi dan doakan untuk kami semua,” katanya.

nora danish, tiz zaqyah sah positif covid-19

Tambahnya, Nora terpaksa menangguhkan temu janji vaksinasi terlebih dahulu bagi menjamin keselamatannya dan menjalani kuarantin.

Malah, Nora menyarankan individu yang pernah berhubung dengannya antara 4 hingga 8 Mei agar turut melakukan ujian calitan.

Sementara itu, Tiz Zaqyah pula memaklumkan dia telah melakukan ujian calitan selepas berasa tidak selesa dengan kesihatan dirinya.

nora danish, tiz zaqyah sah positif covid-19

Siti Zaqyah Abdul Razak atau mesra disapa Tiz Zaqya berasa tidak selesa dan merasakan tubuhnya menggigil serta mengalami batuk ringan.

nora danish, tiz zaqyah sah positif covid-19

Sejurus disahkan positif COVID-19, Tiz Zaqyah dinasihatkan menjalani kuarantin di rumah.

“Tolong dapatkan segera ujian jika ada demam, selesema, bersin atau sakit kepala. Jangan terlalu yakin, sebab mungkin ada yang tiada simptom… pergi buat ujian sebelum menjadi lebih teruk. Duduk di rumah… virus ada di mana-mana,” ujarnya melalui hantaran di Instagram.
 

ERA Muzik Hit Terkini