Norreen Iman, seorang pelakon dan juga pempengaruh media sosial telah mula mengenakan hijab dan tular satu video dimana dia berkongsikan cerita bagaimana dia mendapat hidayah.
Ramai memberikan komen-komen positif dan mendoakan yang terbaik tentang perubahan yang baik itu. Dia juga mengambil keputusan untuk menjual kesemua pakaian lamanya yang seksi.
Advertisement

Namun apa yang menariknya, dia hanya menjual pakaian tersebut kepada orang yang bukan beragama islam. Hal ini kerana dia enggan menanggung dosa sekiranya pakaian seksinya itu digayakan oleh wanita muslim.
“Saya buka dres ini kepada orang bukan Islam sahaja. Orang Melayu yang beli, saya tidak mahu tanggung dosa”
Meskipun dia masih belum menutup aurat dengan sempurna, namun ramai netizen memberikan doa dan sokongan yang baik buat Norreen.
Semoga yang baik-baik sahaja buat penghijrahan Norreen.