Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nourul Depp Berjaya Lelong Cincin Perkahwinan Pertamanya, Raih Bidaan RM750

Penyanyi, Nourul Depp menerima kecaman netizen akibat tindakannya menjual cincin pernikahan yang disifatkan mempunyai nilai sentimental.

nourul depp berjaya lelong cincin perkahwinan, raih bidaan rm750

Advertisement

Nourul menegaskan cincin dilelong hanya bertujuan untuk kebajikan dan cincin itu adalah cincin pertama perkahwinannya dengan komposer Ajai pada 25 tahun lalu.

“Cincin perkahwinan yang masih bahagia mestilah tetap saya pakai dan takkanlah nak buat begitu (jual). Cincin yang saya lelong ini, adalah cincin perkahwinan yang dah hancur lebur. 

“Kadang-kadang mereka suka baca tak habis, kemudian buat andaian sendiri.

nourul depp berjaya lelong cincin perkahwinan, raih bidaan rm750

“Saya sebenarnya bukanlah suka sangat barang kemas. Saya lebih suka emas putih dan perak. Saya hanya ada satu saja cincin emas pemberian ibu saudara yang masih disimpan,” katanya.

Tambahnya, penyanyi itu akhirnya berjaya menjual kepada pembida tertinggi iaitu sebanyak RM750.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Nourul juga berharap hasil bidaan ini dapat dimanfaat sepenuhnya kepada yang memerlukan dalam situasi yang sukar ini.

“Selesai dah kes cincin ni. Semoga yang memerlukan barang keperluan mendapat manfaatnya. Amin,” ujarnya.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini