
"Ternampak kereta arwah suami. BNP 639. Hanya tinggal kenangan. Hamzah nanti doakan perniagaan ibu berjaya. Boleh ibu beli kereta macam arwah ayah. Ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya."
Advertisement
Perkongsian terbaru balu Allahyarham Abam, Nur Hidayah di Instagram mendapat rasa simpati netizen selepas dia meluahkan rasa sedih apabila ternampak kenderaan yang pernah dimiliki Abam di jalan raya.
Nur Hidayah menyatakan kenderaan jenis Toyota Vellfire itu dibeli oleh arwah untuk keselesaan keluarga. Rata-rata netizen yang melihat posting itu turut bersimpati dan memberikan kata-kata semangat kepada Nur Hidayah agar terus kuat demi keluarga tercinta.
Sumber: My Artis