Semalam, isteri kepada pelakon Aliff Aziz iaitu Bella Astillah telah mengeluarkan kenyataan dilaman Instagramnya dengan menjelaskan bahawa suaminya itu telah berlaku curang sekali lagi.
Aliff didapati berada disebuah kelab malam bersama pelakon, Oktovia Manrose, menerusi sebuah video yang dihantar kepada Bella di peti mesej Instagram.
Advertisement
Namun menerusi Instastories Oktovia, beliau bagaimana pun meluahkan rasa kesal berhubung kontroversi ini dan mengaku keluar bersama Aliff.
“Today was a big day for me. Hari bersejarah saya, tak pernah terfikir dan plan semua ni berlaku. Tapi it happen, saya sedar ini kekhilafan dari diri saya. Saya manusia biasa yang takkan lari dari buat silap.
“To @bellaastillah I tak nak menegakkan benang yang basah. I nak minta maaf dengan apa yang dah berlaku. Dan apa yang dah berlaku memang sangat-sangat salah.
“I admit it, I tak patut keluar dengan suami orang. I tak patut keluarkan statement apa-apa pun sebab dah terang-terang I yang salah,” tulisnya.
Mengaku akan kesalahannya, Oktovia menjelaskan dia mengeluarkan kenyataan tersebut kerana terkejut dengan kecaman netizen.
“Kenapa tadi I jawab macam tu is because I terkejut dengan all harsh words dari netizen sampai buat I melantun, its really hurting me but I deserve it.
“I shouldn’t say that. I tak patut masuk campur urusan you dengan husband you, I tak patut nak cerita fasal hal rumah tangga you.
“I hope that you and Aliff boleh settle dengan cara elok. Baik-baik bincang. I doakan terbaik untuk you dan keluarga. Amin. InshaAllah,” jelasnya.
