Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bintang Siri Lupin, Omay Sy Tonton ‘Keeping Up With The Kardashians’ Bantu Kuasai Bahasa Inggeris

Pelakon siri popular, Lupin, Omar Sy mengakui banyak mempelajari bahasa Inggeris dengan menonton program realiti ‘Keeping Up With The Kardashians’.

bintang siri lupin, omay sy tonton ‘keeping up with the kardashians’ bantu kuasai bahasa inggeris

Kemunculan Omar Sy dalam siri popular itu membuahkan hasil apabila ditawarkan untuk melebarkan sayap di dunia industri Hollywood.

Advertisement

Ketika mendapat tawaran tersebut, dia mengakui mengambil inisiatif sendiri untuk memperbaiki bahasa Inggeris sebelum berpindah ke Amerika Syarikat.

Pelakon kelahiran Perancis itu menegaskan tindakannya untuk belajar bahasa tersebut bagi memudahkan dia berkomunikasi bersama pelakon lain.

bintang siri lupin, omay sy tonton ‘keeping up with the kardashians’ bantu kuasai bahasa inggeris

Beliau pernah berputus asa ketika mula-mula mempelajari bahasa Inggeris tetapi dia menjumpai rancangan ‘Keeping Up With The Kardashians’ lalu menonton sambil belajar.

Omar Sy kini berada di Amerika Syarikat bagi membintangi sebuah siri bersama barisan pelakon ternama Hollywood.

Sumber: Pinkvilla

ERA Muzik Hit Terkini