Bagi peminat yang follow pasangan popular Ozlynn dan Johan pasti tahu bagaimana keluarga ini mementingkan kerjasama dalam melakukan tugasan di rumah. Ozlynn juga sering memuat naik gambar atau video suaminya, Johan dan anak-anaknya mengemas rumah bersama.
Terbaru, Ozlynn ada memuat naik video di mana Johan membasuh baju menggunakan tangan. Dalam kapsyen panjang yang ditulis, Ozlynn berharap peminat tak menuduhnya membuli suami kerana Johan dengan rela hati untuk membantunya.
Ozlynn juga berpesan agar para suami dan isteri di luar sana harus bantu membantu bukan hanya isteri yang melakukan kerja rumah.

