Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kisah Perjuangan Seorang Bapa dalam Papa Zola The Movie Sentuh Emosi Penonton

kisah perjuangan seorang bapa dalam papa zola the movie sentuh emosi penontonFoto: Instagram

Filem animasi Papa Zola The Movie berjaya menarik perhatian penonton apabila ramai memuji jalan ceritanya yang dekat dengan realiti kehidupan.

Advertisement

Naskhah ini dianggap berjaya memaparkan pengorbanan seorang ayah yang sanggup berdepan pelbagai cabaran demi memastikan kebahagiaan keluarganya terus terpelihara.

Perkongsian di media sosial menunjukkan penonton merasakan kisah Papa Zola sangat mudah dikaitkan dengan kehidupan sebenar. Ada yang mengakui beberapa babak membuatkan mereka teringat kepada jerih payah bapa sendiri yang tidak pernah mengeluh walaupun berdepan tekanan hidup.

Seorang penonton meluahkan bahawa filem ini menyedarkan mereka bahawa kebahagiaan seorang ayah sering terletak pada keupayaannya memberi yang terbaik kepada keluarga.

Selain jalan cerita, lagu tema filem berjudul Kita Usahakan Lagi turut menerima pujian kerana lirik dan melodinya berjaya menyampaikan mesej ketabahan serta semangat tidak berputus asa.

Lagu tersebut dilihat menguatkan lagi emosi dalam penceritaan, khususnya dalam menggambarkan kegigihan seorang bapa yang terus berjuang walau diuji berkali kali.

Papa Zola The Movie mengisahkan tentang Papa Zola yang terpaksa kembali menggalas tanggungjawab lamanya apabila anak perempuannya, Pipi, diculik oleh makhluk asing.

Bersama isterinya, Mama Zila, dia berusaha menyelamatkan anak mereka sambil mempertahankan keselamatan dunia, sekali gus menonjolkan nilai kekeluargaan, pengorbanan dan kasih seorang ayah.

Filem ini kini ditayangkan di pawagam dan dilihat sesuai untuk tontonan seisi keluarga kerana mesejnya yang sarat dengan nilai murni serta emosi yang menyentuh hati.

Sumber: Threads

ERA Muzik Hit Terkini