Konsert Ed Sheeran baru sahaja berlalu semalam dengan persembahan 17 lagu Ed Sheeran terbaik di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Disebalik kemeriahan konsert Ed Sheeran tersebut, terdapat berita ‘sweet’ yang terjadi di konsert berkenaan apabila dua pasangan dilihat melamar pasangan masing-masing.
Advertisement
Pasangan pertama, Gregiru Eu, 28, telah melamar pasangannya Ashley Ho, 27, ketika Ed Sheeran sedang menyanyikan lagu Thinking Out Loud.
Pasangan terbabit yang duduk di kerusi VIP nyata mendapat tepukan daripada rakan dan penonton sekeliling.

Pasangan kedua seperti yang dipetik dari NST melaporkan terdapat sepasang lagi pasangan yang melamar pada konsert berkenaan sambil diselitkan dengan persembahan serupa, Thinking Out Loud. Tahniah!
Jom check out video Jaa bertemu Ed Sheeran kat sini: