Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kes Salah Guna Kuasa Dan Rasuah, Pempengaruh Suami Isteri Direman 4 Hari

Lands-P-12.png

 

Advertisement

Pasangan pempengaruh media sosial direman selama empat hari di Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan, hari ini.

perintah terhadap pasangan yang berkenaan dikeluarkan oleh Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berusia 30 tahun dan isterinya, 26, yang memakai baju lokap berwarna oren dalam keadaan bergari kelihatan tenang dan tersenyum ketika dibawa ke mahkamah pagi tadi.

Sementara itu, peguam mereka, Abd Rahim Ali yang mewakili mengatakan bahawa mahkamah membenarkan perintah tahanan sehingga Ahad.

“Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, iaitu membabitkan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan”, tambah peguam berkenaan.

Selain itu, turut direman dua lelaki yang merupakan pengarah dan pemegang saham terbesar sebuah platform kutipan bantuan berkenaan.

 

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini