Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelajar Cemerlang Tak Dapat Diselamatkan, Universiti Elit Korea ‘Blacklist’ Bekas Pembuli!

pelajar cemerlang tak dapat diselamatkan, universiti elit korea ‘blacklist’ bekas pembuli!

Gambar Hiasan

Advertisement

Buat pertama kalinya dalam sejarah, beberapa universiti terkemuka di Korea Selatan menolak kemasukan 45 pelajar yang memperoleh keputusan akademik cemerlang, bukan kerana mereke memperoleh markah rendah, tetapi kerana mereka mempunyai rekod pernah membuli di sekolah.

Langkah tegas ini mencetuskan perdebatan besar di media sosial, namun ramai memuji keberanian institusi pendidikan tersebut yang mengutamakan nilai moral berbanding kecemerlangan akademik semata-mata.

Menurut laporan media tempatan, universiti-universiti berprestij itu kini menilai bukan sahaja prestasi akademik pelajar, tetapi juga latar belakang sahsiah dan disiplin. Pelajar yang mempunyai sejarah membuli rakan sekolah akan disemak dengan lebih teliti malah boleh digugurkan daripada senarai penerimaan walaupun memiliki gred tertinggi.

“Ilmu tanpa akhlak boleh membawa mudarat,” kata seorang pegawai pendidikan yang terlibat dalam dasar baru ini. “Kami mahu melahirkan pemimpin masa depan yang pintar dan berperikemanusiaan.”

Korea Selatan telah lama berdepan dengan krisis buli sekolah yang serius malah beberapa kes ekstrem pernah menyebabkan pelajar membunuh diri. Setiap tahun, ratusan aduan diterima mengenai penderaan fizikal dan mental di sekolah menengah dan universiti.

pelajar cemerlang tak dapat diselamatkan, universiti elit korea ‘blacklist’ bekas pembuli!

Gambar Hiasan

Langkah terbaru ini dilihat sebagai tindakan simbolik untuk menghentikan budaya buli daripada akarnya, dengan mesej jelas:

“Tiada tempat untuk pembuli, walau sepintar mana pun anda.”

Ramai pengguna media sosial di seluruh dunia memuji langkah ini. Salah seorang pengguna X menulis:

“Ini keputusan yang masuk akal. Orang yang membuli selalunya menggunakan kuasa mereka untuk menindas orang lain. Tindakan ini mendidik supaya kita bukan saja rajin belajar, tapi juga jadi manusia yang baik.”

Reaksi itu menggambarkan perubahan paradigma global di mana kejayaan kini tidak lagi diukur pada gred semata, tetapi juga nilai kemanusiaan dan empati.

Mungkin sudah tiba masanya sekolah dan universiti lain mengikut jejak Korea Selatan kerana dunia tidak memerlukan lebih ramai orang bijak yang kejam, tetapi lebih ramai orang baik yang bijak.

 

 

ERA Muzik Hit Terkini