Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelajar Malaysia dari Teluk Intan Raih Anugerah ‘Junior Nobel Prize’ dalam Kejuruteraan Dua Tahun Berturut‑turut

pelajar malaysia dari teluk intan raih anugerah ‘junior nobel prize’ dalam kejuruteraan dua tahun berturut‑turutFoto: Asia Samacher

Seorang pelajar dari Teluk Intan, Perak, Balvinder Kaur Dhillon, sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila menerima Global Undergraduate Award yang digelar sebagai ’Junior Nobel Prize’ dalam bidang Kejuruteraan buat kali kedua berturut-turut.

Advertisement

Anugerah berprestij ini mengiktiraf kertas penyelidikannya sebagai salah satu entri terbaik di peringkat global.

Balvinder, yang sedang menuntut Kejuruteraan Bioperubatan di Queen Mary University of London, berjaya menonjol di kalangan ribuan penyertaan dari pelajar seluruh dunia. Penyelidikannya dianggap inovatif dan memberi impak signifikan dalam bidangnya.

Dalam kata-kata Balvinder, kejayaannya ini adalah hasil usaha berterusan dan disiplin diri.

"Progress rarely comes from sudden breakthroughs. It comes from consistency, small steps that compound over time…"

Kini, Balvinder melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Robotik Biologi dan Manusia, sambil terus menumpukan usaha dalam penyelidikan kejuruteraan dan teknologi kesihatan.

Pencapaiannya menjadi inspirasi kepada pelajar Malaysia lain untuk terus berusaha dan berani bersaing di pentas antarabangsa.

Kejayaan Balvinder bukan sahaja membanggakan komuniti Teluk Intan dan Malaysia, tetapi juga membuktikan bahawa dengan minat, dedikasi dan disiplin, pelajar tempatan mampu mencipta impak global.

Global Undergraduate Award sering digelar ‘Junior Nobel Prize’ kerana ia mengiktiraf bakat penyelidik pelajar terbaik dari seluruh dunia, menjadikan anugerah ini sebagai salah satu mercu tanda akademik yang amat dihormati.

Sumber: Asia Samacher

ERA Muzik Hit Terkini