Filem yang pernah ditayangkan sekitar tahun 1987, kini mendapat sentuhan pengarah Neil Blomkamp, Robocop, akan kembali dengan tajuk Robocop Returns.

Advertisement
Dipetik menerusi Twitter Dimitri Vegas, beliau baru sahaja menonton filem Robocop ini dan bertanya, siapakah yang akan melakonkan watak Robocop dalam Robocop Returns? Balas pengarah itu, Peter Weller, iaitu pelakon asal dalam Robocop tahun 1987.

Pelakon Peter Weller kini sudah pun berusia 71 tahun. Antara pelakon yang pernah membawa watak Robocop ialah Robert John Burke (Robocop 3, 1993) dan Joel Kinnaman (Robocop 2014).

Sumber: Movieweb
