Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Legenda Bola Sepak Brazil, Pele Telah Meninggal Dunia.

Legenda bola sepak itu meninggal dunia pada umur 82 tahun akibat kegagalan pelbagai organ dan telah lama menghidap kanser. Pele merupakan salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman pada era 60an-70an. 

29onsoccer-pele-1-f34f-mediumSquareAt3X-1.jpeg

Pele atau nama gelarannya “O Rei” (The King) telah menjaringkan lebih 1200 gol sebelum bersara pada 1977. 

Advertisement

Pele juga telah berjaya memenangi 3 Piala Dunia bersama Brazil pada tahun 1958, 1962 dan 1970. Beliau juga berjaya memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Piala Dunia 1958 dan Pemain Terbaik Piala Dunia 1970. Selain itu, Pele pernah dinobatkan sebagai Athlete of the Century oleh The International Olympic Comittee (IOC) tahun 1999. Beliau juga pernah memenangi anugerah Pemain Terbaik Amerika Selatan pada tahun 1973. 

Ramai pemain bola sepak yang hebat turut bersedih atas pemergian legenda bola sepak Brazil ini. Antaranya, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Mbappe dan ramai lagi.

Hilanglah permata legenda bola sepak dunia. 

Pele 1940-2022.

ERA Muzik Hit Terkini