Demi artis dan selebriti kesayangan, kelompok peminat sanggup berbuat apa sahaja, termasuklah membeli daun kucai.
Itu yang terjadi kepada penyanyi, Taemin, selepas berjaya menjual 1,000 kotak daun kucai ketika muncul dalam sebuah program masakan baru-baru ini.
Advertisement

Dalam program tersebut, Taemin diberikan tugasan oleh Chef Baek Jong-won untuk menjual 1,000 kotak daun kucai dalam masa 30 minit.
Sekiranya Taemin berjaya, beliau akan diberikan hadiah istimewa.
Meskipun berasa segan, Taemin segera meminta pertolongan daripada kalangan peminatnya untuk membeli daun kucai itu supaya beliau berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan.
“Hai semua. Saya tahu ini agak memalukan kerana tiba-tiba muncul di sini selepas sekian lama. Tetapi bolehkah kalian bantu membeli daun kucai ini?
“Chef kata, dia akan beri saya hadiah istimewa sekiranya mampu jual dalam masa 30 minit,” tulisnya menerusi media sosial.
Sebaik sahaja mesej itu dimuatnaik, sebanyak 1,000 kotak daun kucai berjaya dijual, membuatkan kru produksi terkejut dengan sokongan padu peminat Taemin.
Baek Jongwon reaction to Shawols “Are you out of your minds!!?” when the PDs told him that 1000 boxes of chives were sold out in less than a minute (only 30 seconds) thanks to Taemin lol
— 메이May 16↓ 𝐓𝐀𝐄𝐌𝐈𝐍’𝐬 𝐈𝐃𝐄𝐀 𝟏𝟏/𝟗 (@iloveviewsh) October 26, 2020
pic.twitter.com/kXuYv4LbJ9
Sumber: Koreaboo