Insiden banjir yang melanda kawasan Thailand baru-baru ini telah menyebabkan ahli kumpulan BlackPink, Lisa, turun padang bagi menyalurkan sumbangan.

Advertisement
Lisa yang juga penyanyi kelahiran Buriram, Thailand itu telah mendermakan sejumlah wang 100,000 bath (kira-kira RM13,700) kepada pelakon Dana Bin Bunleurit bagi meringankan beban mangsa banjir.

Kenalan Lisa, Koa, telah memuatnaik gambar sekeping cek yang didermakan Lisa dengan kapsyen;
"Lisa mahu menghulurkan sedikit sumbangan untuk mangsa banjir dan dia berharap semuanya akan baik-baik sahaja."
Lisa Blackpink donated 100,000 baht to help flood victims in Ubon Ratchathani through the account of Bin Bunluerit, a well-known volunteer rescue worker and actor. @TNAMCOT pic.twitter.com/BtQXcw0tuZ
— TNAMCOT English (@TNAMCOTEnglish) September 17, 2019

Tindakan penyanyi berusia 22 tahun itu nyata mendapat pujian peminat, hingga ada yang menggelarnya sebagai ‘malaikat’ dan ‘Ratu Thailand’.
Sumber: Awani