Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Peminat K-Pop Buang Air Besar Dalam Venue Acara Anugerah Muzik

Baru-baru ini telah berlangsungnya satu acara anugerah muzik iaitu Hanteo Music Awards yang dilakukan selama dua hari. Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah pada hari kedua, dimana tular pekara yang memberi kesan besar buat penonton dan juga artis.

Perkara ini berlaku apabila ada seorang peminat yang membuang air besar di dalam dewan tersebut sehingga terdapat gambar dan video artis-artis k-pop tersebut menutup hidung dan mulut mereka angkara bau daripada kejadiaan itu.

Advertisement

peminat k-pop buang air besar dalam venue acara anugerah muzik

Bukan artis sahaja, peminat yang berada dalam dewan itu juga turut mengadu kerana bau yang tidak menyamankan itu berlaku sepanjang majlis. Kesemua dalam venue tersebut perlu menahan bau tersebut sehingga ke penghujung majlis.

Namun, individu yang membuang air besar tersebut tampil memohon maaf di laman X dan mengaku dirinya adalah punca kejadian tersebut. Dia juga menawarkan untuk membayar wang dobi pakaian peminat yang terkena najis itu.

Semoga tragedi ini tidak akan berulang lagi. 

ERA Muzik Hit Terkini