Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Peminat K-Pop Teruja Lihat Hantaran PMX, Anwar ‘Terbawa-bawa’ Aura G-Dragon

peminat k-pop teruja lihat hantaran pmx, anwar ‘terbawa-bawa’ aura g-dragonFoto: Instagram

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menarik perhatian warganet selepas memuat naik video persembahan penyanyi terkenal Korea Selatan, G-Dragon, di laman sosial miliknya.

Advertisement

Tindakan itu mencetuskan pelbagai reaksi, ada yang terhibur dan ada juga yang berseloroh bahawa PMX masih belum mampu ‘move on’ daripada penangan bintang K-Pop tersebut.

Video berkenaan memperlihatkan G-Dragon membuat persembahan sempena acara APEC di Korea Selatan. Dalam kapsyen hantaran itu, Anwar dilihat menggunakan tanda pagar #KpopForever, sekali gus menambahkan lagi keterujaan peminat K-Pop tempatan yang menganggap PMX memahami budaya hiburan mereka.

 

 

Hantaran itu segera menjadi tular dan mendapat pelbagai komen positif. Ramai menganggap Anwar berjaya menunjukkan sisi santai serta lebih dekat dengan generasi muda melalui cara beliau menghargai seni dan budaya popular Asia.

G-Dragon, yang juga ikon global, dianggap sebagai simbol pengaruh Korea terhadap dunia hiburan moden. Kehadiran nama dan muziknya bukan sekadar hiburan, malah menjadi jambatan budaya yang kini turut diraikan oleh pemimpin tertinggi Malaysia.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini