Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Makin Dikenali, Peminat Mahu Gabungan Dolla Dan K-Clique

Mendapat jolokan sebagai ‘Blackpink Malaysia’, kumpulan Dolla kini semakin dikenali dan mendapat tempat dihati peminat menerusi elemen vokal dan tarian dalam persembahan mereka.

makin dikenali, peminat mahu gabungan dolla dan k-clique

Advertisement

Terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya, kumpulan Dolla mula meraih kejayaan apabila mendapat lebih 3 juta tontonan bagi single sulung mereka berjudul “Dolla Make You Wanna”.

Menerusi video yang dikongsikan Dolla di Instagram @dolla.official, ada peminat yang mencadangkan gabungan pentas dan persembahan oleh Dolla bersama kumpulan K-Clique.

makin dikenali, peminat mahu gabungan dolla dan k-clique

makin dikenali, peminat mahu gabungan dolla dan k-clique

makin dikenali, peminat mahu gabungan dolla dan k-clique

Dalam perkembangan lain, bagi ERA Digital Muzik Awards 2020 (EDMA2020), kumpulan Dolla turut tercalon dalam kategori Artis Baru Baek, bersama-sama fanclub mereka idolla dalam kategori Fan Club Paling Ngam.

Undi artis favourite korang sekarang sehingga 18 Januari 2021 --> Undi Sekarang!

Sumber: Instagram Dolla / Foto Twitter @aziriahhazrin1

ERA Muzik Hit Terkini