Menurut survey yang dijalankan oleh The Hollywood Reporter , peminat filem rata-ratanya mahukan filem Back To The Future kembali di pawagam.

Advertisement
Daripada 2000 orang, 71% bersetuju mahukan aksi Michael J. Fox dan Christopher Lloyd ini kembali semula. Sebanyak 69% mahukan filem Toy Story, 68% mahukan filem Indiana Jones dan 67% mahukan filem Jurassic Park.
Walaupun ramai yang mahukan kemunculan semula filem Back To The Future, pengarah filem berkenaan, Robert Zemeckis berkata ia tidak mungkin akan berlaku.

"Tidak akan pernah ada Back To The Future 4,", katanya seperti yang dipetik dari Bad Taste.
Sumber: Yahoo Movie
