Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Teruja! Peminat Mahukan Kolaborasi Antara Taylor Swift & Jin BTS

Penyanyi Jin daripada kumpulan K-pop popular BTS bukan sahaja dikenali dengan ketampanan malah bakatnya yang hebat.

Baru-baru ini, Jin menjuarai carta senarai undian dijalankan portal hiburan Billboard mengenai penyanyi yang peminat mahu lihat berkolaborasi dengan penyanyi terkenal, Taylor Swift.

Advertisement

teruja! peminat mahukan kolaborasi antara taylor swift & jin bts

Vokalis kumpulan BTS itu mengaku dia peminat tegar Taylor dan rata-rata peminat mahukan mereka berdua berduet.

teruja! peminat mahukan kolaborasi antara taylor swift & jin bts

Malah, peminat juga mahu melihat Taylor bekerjasama dengan rakan baiknya, penyanyi Selena Gomez.

Katy Perry, kumpulan Blackpink serta ahli kumpulan One Direction, Niall Horan juga turut menjadi sebutan peminat dalam senarai undian tersebut.

Terdahulu, Taylor pernah berkolaborasi dengan ramai penyanyi terkemuka seperti Ed Sheeran, John Mayer, Jonas Brothers, Brendon Urie, Kendrick Lamar dan Zayn Malik.

Selain penyanyi bersuara merdu Jin, kumpulan K-pop BTS juga turut dianggotai RM, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook.

Sumber: Koreaboo

ERA Muzik Hit Terkini