Foto: Instagram
Momen penuh emosi tercipta apabila Jessica Jung akhirnya mempersembahkan semula lagu-lagu Girls’ Generation buat kali pertama selepas lebih sepuluh tahun, sekali gus menyentuh hati peminat yang telah lama menyimpan rindu dan luka sejak pemergiannya dari kumpulan itu.
Advertisement
Girls’ Generation debut pada tahun 2007 dengan sembilan ahli sebelum pengumuman mengenai pengunduran Jessica Jung diumumkan secara mengejut pada tahun 2014.
Sejak itu, pelbagai spekulasi timbul mengenai punca sebenar pemergiannya, dengan peminat membuat kesimpulan sendiri berdasarkan perkembangan yang berlaku sepanjang tahun, termasuk pelancaran novel ‘Shine’ hasil tulisan Jessica sendiri.
Selepas meninggalkan kumpulan tersebut, Jessica meneruskan kerjayanya sebagai artis solo dan kini lebih aktif di China, namun sokongan peminat dari seluruh dunia tidak pernah pudar.
Pada 11 Januari lalu, Jessica memulakan jelajah konsert 2026 Reflections di Malaysia. Konsert itu dibahagikan kepada tiga segmen, dan segmen ketiga yang diberi judul Memories of an Era menjadi detik paling menyentuh perasaan.
Persembahan tersebut dibuka dengan medley lagu-lagu ikonik Girls’ Generation seperti Gee, I Got A Boy dan Genie.
Persembahan ini menandakan kali pertama Jessica menyanyikan lagu-lagu Girls’ Generation selepas lebih sedekad, sekali gus mencetuskan reaksi besar dalam kalangan peminat yang tidak menyangka detik tersebut akhirnya menjadi kenyataan.
Seorang peminat menulis di platform X,
“Some people don't know how meaningful this moment is, for her and her fans after what she has been through all these times. She finally could sing the hit songs again after years. We never expected this to finally happen at the early of 2026.”
some people don't know how meaningful this moment is, for her and her fans after what she has been through all these times. she finally could sing the hit songs again after years. we never expect this to finally in happen at the early of 2026. fucking screaming crying sobbing… https://t.co/jEIAoC4Uvl
— EL🩵 (@sicawings) January 11, 2026
Seorang lagi peminat meluahkan rasa terharu,
“Seeing Jessica Jung perform Girls’ Generation’s hits this 2026 has healed a part of my SONE heart that’s been hurting since the moment she left. Thank you our princess for giving us closure and healing.”
seeing jessica jung perform girls’ generation’s hits this 2026 has healed a part of my sone heart that’s been hurting since the moment she left. thank you our princess for giving us closure and healing. 💖
— 🦋 (@notseorina) January 11, 2026
pic.twitter.com/izoESfF3Sv
Luahan emosi turut datang daripada peminat lain yang jelas tidak dapat menahan perasaan,
“GUYS I’M FREAKING CRYING LIKE I’M CRY CRY RIGHT NOW. We got Jessica, Girls Bring The Boys Out, and let’s bring it back to 1:40 like OMG. I’m not okay. IGAB does something to me.”
GUYS IM FREAKING CRYING LIKE IM CRY CRY RIGHT NOW WE GOT JESSICA GIRLS BRING THE BOYS OUT AND LETS BRING BACK TO 1:40 LIKE OMG IM NOT OKAY IGAB DOES SOMETHING TO ME
— bae 💌 (@mysoneve) January 11, 2026
pic.twitter.com/p5V41r6hKT
Bagi peminat, detik ini bukan sekadar persembahan pentas, tetapi simbol penyembuhan emosi, penutupan luka lama dan bukti bahawa kenangan era Girls’ Generation masih hidup dalam hati mereka.
Persembahan Jessica ini dianggap sebagai hadiah paling bermakna buat peminat yang setia menunggu selama bertahun-tahun.
Sumber: X