
Menerusi Instagram Ketua Pengarah Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes , beliau mengumumkan bahawa kumpulan K-Pop terkenal, BTS akan hadir di Malaysia tidak lama lagi. Menerusi posting tersebut juga, kumpulan BTS dikhabarkan juga akan melangsungkan konsert sulung mereka di Malaysia dalam masa terdekat.
Advertisement
Sudah pasti, Army Malaysia antara yang pertama teruja dengan khabar berita itu.


Terdahulu, kumpulan BTS telah mengumumkan siri jelajah dunia termasuk beberapa negara di Asia, namun Malaysia tiada dalam senarai tersebut.
Sumber: IG Tan Sri Tony Fernandes
