Frozen 2 merupakan filem muzikal animasi terbitan Walt Disney Animation Studios dan dikeluarkan oleh Walt Disney Pictures.
Merupakan kesinambungan daripada filem 2013, Frozen, filem Frozen 2 ini dijadualkan keluar pada 22 November 2019 dalam versi 2D dan 3D.
Advertisement


Frozen 2 masih mengekalkan pelakon suara terdahulu iaitu Kristen Bell sebagai Anna, Idina Menzel sebagai Elsa, Jonathan Groff sebagai Kristoff dan Josh Gad sebagai Olaf.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Walt Disney Animation Studios di Youtube, trailer rasmi Frozen 2 ini nyata membuat peminat filem Frozen bertambah teruja, sehinggakan tidak sampai 24 jam dimuatnaik jumlah tontonan sudah mencapai lebih 3 juta view!