Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pempengaruh Teruja Madison Beer Puji Cover Lagu Reckless, Disamakan Dengan Puteri Disney

pempengaruh teruja madison beer puji cover lagu reckless, disamakan dengan puteri disneyFoto: TikTok

Seorang pempengaruh media sosial berkongsi detik penuh emosi apabila penyanyi terkenal, Madison Beer, memberi reaksi terhadap nyanyian semula lagu Reckless yang dimuat naiknya di YouTube pada empat tahun lalu.

Advertisement

Menerusi satu perkongsian di akaun TikTok @babykithes, pempengaruh berkenaan menceritakan bagaimana dia dihubungi oleh wakil Glamour Magazine menerusi mesej langsung di Instagram, sekali gus tidak menyangka bakat nyanyiannya mendapat perhatian media antarabangsa.

Menurutnya, pada awalnya dia terkejut apabila menerima mesej tersebut dan menyangka ia sekadar satu kebetulan sebelum dimaklumkan bahawa cover nyanyiannya dipilih untuk dimuatkan dalam segmen khas Glamour bertajuk You Sang My Song.

“Saya benar-benar terkejut bila dapat mesej daripada Glamour Magazine. Mula-mula saya fikir, betul ke ni Glamour? Tapi selepas itu mereka minta emel dan beritahu mahu menampilkan salah satu cover saya,” katanya.

 

@babykithes

who would’ve known a cover i made 4 years ago would lead me here🤯💌

♬ original sound - noona yeppeo

 

Tambahnya, dia kemudian dimaklumkan bahawa segmen tersebut berkait rapat dengan lagu terbaharu Madison Beer, sekali gus menguatkan sangkaannya bahawa cover lagu Reckless nyanyiannya menjadi pilihan.

Pempengaruh itu turut berkongsi perasaan gementar dan teruja apabila dijemput menyertai sesi temu bual secara dalam talian bersama pasukan Glamour New York.

“Saya sangat teruja dan dalam masa yang sama takut. Saya tak tahu macam mana temu bual itu akan berjalan, jadi saya cuma minta orang doakan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, sesi temu bual tersebut berlangsung sekitar lapan minit sebelum dia ditayangkan rakaman reaksi Madison Beer terhadap nyanyiannya.

Apa yang lebih mengejutkan, Madison Beer memuji suaranya dan menyifatkan vokalnya seakan suara puteri Disney.

“Dia kata saya kedengaran seperti puteri Disney. Saya betul-betul tak percaya. Banyak sebenarnya yang saya nak cakap, tapi terus blank,” katanya.

Sementara itu, menerusi video yang dimuat naik di YouTube Glamour, Madison Beer turut meluahkan kekagumannya terhadap vokal pempengaruh berkenaan.

 

 

“Saya rasa dia mempunyai suara seperti puteri Disney. Saya sendiri rasa saya tak ada kejernihan suara seperti itu, sebab itu saya selalu cemburu dengan orang yang memiliki vokal yang sangat jelas. Suaranya sangat indah,” kata Madison.

Madison turut menyampaikan penghargaan secara peribadi terhadap nyanyian semula lagu tersebut.

“Shafiyyah, saya sangat sukakan apa yang awak lakukan dengan cover ini. Ia benar-benar cantik dan saya berasa sangat terhormat kerana awak memilih untuk menyanyikan lagu saya,” katanya.

Sumber: TikTok, YouTube

ERA Muzik Hit Terkini