Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Antara Artis Terkaya Di Britain, Pendapatan Ed Sheeran Lebih RM500,000 Sehari

Penyanyi, Ed Sheeran masih mengekalkan kekayaannya sebagai artis terkaya di Britain dengan memperoleh pendapatan sebanyak £100,000 (RM535,000) dalam masa sehari.

antara artis terkaya di britain, pendapatan ed sheeran lebih rm500,000 sehari

Advertisement

Syarikat milik Ed Sheeran iaitu Ed Sheeran Ltd tahun lalu dilaporkan telah memperoleh keuntungan kasar £36.4 juta (RM192 juta).

Jumlah itu juga adalah bersamaan RM22,041 dalam sejam, atau RM367 untuk seminit!

Memperoleh pendapatan kira-kira £87.6 juta (RM468.7 juta) sejak tahun 2017, Ed yang juga seorang komposer dan penerbit telah membayar cukai berjumlah £6.9 juta (RM36.9 juta) pada 2019

Turut bersama Ed sebagai artis terkaya di Britain adalah Taylor Swift £143 juta (RM765 juta) dan juga Kanye West ₤115 juta pound (RM615 juta) pada tahun lalu.

antara artis terkaya di britain, pendapatan ed sheeran lebih rm500,000 sehari

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini