
Pengacara rancangan Weekend Sunrise, Matt Doran mengaku dalam satu temubual Bersama Adele yang dia belum lagi mendengar album terbaru Adele, 30. Akibat kesilapan ini, stesyen TV tersebut gagal mendapatkan hak untuk menyiarkan temubual eksklusif bersama Adele.
Advertisement
Matt Doran dari Channel 7 bersama dua lagi rakan kerjanya, dikatakan terbang ke London pada 4 November lalu untuk menemu bual penyanyi popular itu. Dia dilaporkan menyinggung perasaan Adele dalam temubual itu.
Apabila Adele bertanya kepada Matt Doran adakah dia sudah mendengar album terbarunya, Matt Doran menjawab dia masih belum mendengar album baru tersebut. Ada sumber yang mengatakan Adele berlalu pergi dalam temubual itu selepas Matt Doran menyatakan belum mendengar album baru dia.
Memetik media tempatan Australia, lawatan berkenaan adalah sebahagian daripada pakej hak cipta rangkaian berkenaan yang bernilai AS$1 juta (RM4.18 juta).
Doran dalam satu temu bual memohon maaf atas kesalahan itu dan mengakui dia tidak sempat mendengar lagu daripada album itu.
Menurutnya, dia terlepas pandang emel yang disertakan bersama pratonton lagu-lagu itu.
"Saya akui ini satu kelalaian namun ia tidak disengajakan. Ini adalah emel paling penting dan saya akui terlepas pandang," katanya.
Back at it with the boys! This one is going to be pretty special … 🤫@7newsspotlight #london @ London, United Kingdom https://t.co/LZcgxZAV2A
— Matt Doran (@mattdoran22) November 3, 2021
Sumber: Astro Awani