Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Malaysia Tewas Dengan Vietnam, Pengadil Dapat Tumpuan Netizen.

Semalam skuad bola sepak kebangsaan tewas 3-0 kepada pasukan Vietnam dalam pertandingan Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022.

Walau bagaimana pun, pengadil perlawanan tersebut telah mendapat kecaman oleh netizen apabila membuat keputusan kontroversi dengan melayangkan kad merah kepada pemain Malaysia, Azam Azmi. 

Advertisement

Ryuji_Sato__1672156643-1.jpeg

Disebabkan kejadian kontroversi semalam, kebanyakan rakyat Malaysia memberi kecaman kepada pengadil berbangsa Jepun itu. Ada juga yang mencari laman sosial pengadil tersebut untuk memberi komen-komen negatif di laman instagram pengadil itu kerana merasakan tindakan pengadil melayangkan kad merah di perlawanan semalam seperti 1 kesilapan dan menjadi punca skuad Malaysia kalah kepada pasukan Vietnam.

Terkini, pengadil berbangsa Jepun itu telah meng-private kan laman instagramnya kerana menerima kecaman yang melampau.

Saksikan Perlawanan Malaysia yang seterusnya menentang Singapura di AFF Mitsubishi Electric Cup pada 3 Januari 2023.

ERA Muzik Hit Terkini