![[video] “kami hampir mati!” pengalaman ngeri dua youtuber ketika sedang rakam food review](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2025/Aug/19/landscape-16.png)
Foto: X (@PopCrave)
Advertisement
Apa yang sepatutnya menjadi sesi penggambaran biasa bagi dua YouTuber terkenal bertukar menjadi detik cemas yang hampir meragut nyawa. Patrick Blackwood dan Nina Santiago, pencipta kandungan makanan yang mengendalikan saluran YouTube dilaporkan terselamat daripada kemalangan ngeri apabila sebuah SUV merempuh mereka di dalam restoran.
Pasangan ini sedang merakam ulasan makanan mereka di sebuah restoran kegemaran di Houston. Mereka duduk di ruang tepi tingkap dan sedang menikmati hidangan Istimewa salmon sliders, presidential oysters, mac & cheese flight (klasik, lobster, truffle), shrimp and grits dan minuman menyegarkan.
Food reviewers NinaUnrated and Patrick Blackwood were involved in a crash while filming. pic.twitter.com/kqAigGqThi
— Pop Crave (@PopCrave) August 18, 2025
Ketika mereka mengangkat slider untuk "cheers", tiba-tiba sebuah SUV meluru masuk ke dinding kaca restoran pada kelajuan antara 55 hingga 65 km/jam. Dalam video yang dimuat naik ke saluran mereka, kelihatan kaca dinding pecah melayang, menghentam wajah Patrick sebelum meja mereka terpelanting akibat impak kuat itu.
![[video] “kami hampir mati!” pengalaman ngeri dua youtuber ketika sedang rakam food review](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2025/Aug/19/landscape-17.png)
“Kami sedang ketawa, kemudian BOOM! Kaca berderai, kekecohan berlaku dan kenderaan itu betul-betul menghentam sisi Patrick,” tulis mereka dalam kapsyen video.
Walaupun tragedi ini berlaku tanpa sebarang amaran, kedua-dua mereka terselamat dengan hanya cedera ringan. Mereka segera dikejarkan ke hospital, di mana luka mereka dijahit dan diperiksa secara menyeluruh.
Patrick mengalami luka dalam di muka dan badan, manakala Nina juga mengalami beberapa luka kecil akibat serpihan kaca. Mujur, tiada kecederaan serius dilaporkan dan selepas rawatan, mereka berdua dibenarkan pulang dari hospital.
![[video] “kami hampir mati!” pengalaman ngeri dua youtuber ketika sedang rakam food review](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2025/Aug/19/landscape-15.png)
“Kami tak dapat gambarkan betapa bertuahnya kami kerana masih hidup selepas apa yang berlaku,” kata mereka.
Dalam vlog yang dimuat naik kemudian, Patrick dan Nina berkongsi betapa peristiwa itu memberi kesedaran tentang erti kehidupan.
“Kejadian ini benar-benar menyedarkan kami bahawa hidup ini sangat berharga. Esok belum tentu ada. Lakukan apa yang anda mahu hari ini, maafkan orang lain dan lepaskan perkara yang menghalang kebahagiaan anda.”
Mereka juga menegaskan bahawa mereka merasakan seperti diberi peluang kedua dalam hidup dan akan lebih menghargai masa, orang sekeliling serta peluang yang ada.
Menurut laporan TMZ, pemandu SUV yang terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca kemalangan.
Kejadian ini bukan sahaja menggemparkan para peminat dan komuniti YouTube, malah menjadi peringatan bahawa bahaya boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa.
Sumber: X (@PopCrave)