Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Selepas BlackPink, Penganjur Rancang Bawa BTS Pula Datang Malaysia

selepas blackpink, penganjur rancang bawa bts pula datang malaysia

Kumpulan BlackPink telah mengadakan konsert di Malaysia pada Sabtu dan Ahad lepas dengan mempersembahkan hampir 20 lagu, dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Advertisement

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Penganjur konsert, MacpiePro berhasrat membawa pula kumpulan sensasi Korea Selatan, BTS ke Malaysia dan proses perancangan akan dilakukan.

selepas blackpink, penganjur rancang bawa bts pula datang malaysia

“MacpiePro memang berharap dapat membawa BTS menemui peminat di Malaysia tetapi tiada yang pasti buat masa ini.

“Kita perlu merancang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rundingan untuk menjemput kumpulan itu.

“MacpiePro sedang berbincang dengan syarikat pengurusan artis Korea terkenal yang lain dan kita berharap dapat menganjurkan konsert mereka di Malaysia untuk memberikan peminat K-Pop konsert yang bagus,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MacpiePro, Ang Chee Ciang  pada Awani.

Konsert Jalajah Asia GFRIEND dan Festival Muzik K-Wave 4 juga akan diadakan tahun ini dengan menumpukan perhatian pada artis Kpop dan Mpop.

“Kita merancang untuk menganjurkan 20 konsert pada 2019, bukan sahaja konsert K-pop tetapi kita juga memberikan tumpuan kepada M-pop, artis antarabangsa dan tidak dilupakan juga artis-artis tempatan kita.

“Saya tidak dapat mendedahkan banyak maklumat lagi tetapi kita akan menganjurkan konsert GFRIEND pada Jun dan kita dalam perancangan untuk menganjurkan Festival Muzik K-Wave pada September ini,”
tambahnya.

Sumber: Awani

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini