Pengarah, Osman Ali mengakui buntu mencari pelakon muda dan remaja yang bagus dan tidak teruja mengejar followers semata.

Menurutnya, industri hiburan tempatan masih kurang pelakon remaja berbakat yang benar-benar serius sebagai seorang pelakon.
Advertisement
“Kalau nak buat filem atau drama remaja, macam tak cukup pulak pelako muda remaja tempatan yang benar-benar layak digelar pelakon yang bagus,” ujarnya.
Osman yang juga mengarahkan filem Ombak Rindu, kini dalam persiapan untuk pengambaran sebuah drama bersiri remaja. Namun beliau tidak tahu siapakah yang layak untuk diberikan watak sebagai pelakon dalam drama arahannya itu.
“Buat masa sekarang tengah dalam persiapan untuk pengambaran sebuah drama bersiri remaja.
“Tapi bila mencari pelakon yang terbaik untuk watak-watak utama tersebut seolah terbuntu seketika sebab kalau ada pelakon muda remaja pun ramai yg dah berlakon dengan imej dewasa watak suami isteri untuk memenuhi tuntutan drama cinta semasa.
“Boleh tolong beri cadangan pelakon muda remaja yang benar2 SERIOUS untuk jadi ACTOR yang bagus bukan sekadar teruja mengejar dan melayan followers,” ujarnya lagi pada satu hantaran di Instagram @osmanali_nuansa.
Rata-rata komen daripada pengikut beliau bersetuju dengan pendapat yang diberikan sambil mencadangkan beberapa nama yang sesuai kepadanya.
Sumber: Instagram