Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penumpang Perempuan Bertongkat Terpaksa Berdiri Dalam MRT, Netizen Kecam Sikap ‘Buat Tak Nampak’

penumpang perempuan bertongkat terpaksa berdiri dalam mrt, netizen kecam sikap ‘buat tak nampak’Foto: Tangkap layar TikTok

Sebuah rakaman yang tular di media sosial menunjukkan situasi menyedihkan apabila seorang wanita muda ber tongkat terpaksa berdiri di dalam koc wanita tren MRT.

Advertisement

Dalam video berkenaan, perempuan itu dilihat menggunakan tongkat jenis axillary crutch dan berdiri berhampiran pintu sambil menyandar pada dinding, seolah-olah cuba menyeimbangkan diri kerana jelas berada dalam keadaan kurang selesa.

Apa yang menimbulkan kemarahan ramai ialah penumpang lain di dalam koc itu langsung tidak menawarkan tempat duduk, biarpun keadaan wanita tersebut kelihatan memerlukan keutamaan.

Semua kerusi kelihatan penuh, namun pengguna media sosial menegaskan bahawa ada penumpang yang mungkin pura-pura tidak nampak atau memilih untuk tidak mengendahkan situasi itu.

Menurut individu yang merakam kejadian berkenaan, ini bukan kali pertama perkara seperti itu berlaku. Katanya, sudah beberapa kali dia melihat wanita bertongkat yang sama terpaksa berdiri kerana tiada sesiapa sudi memberi ruang.

 

@beracunracun ada yang pernah macam ni ke #rapidkl #mrt @Rapid KL ♬ watch - DR3AM7NG

 

Video itu kemudiannya mengundang perbincangan hangat di media sosial, dengan ramai mengecam sikap penumpang MRT yang dianggap tidak peka dan tidak bertimbang rasa. Ramai yang menyuarakan rasa marah kerana meskipun berada di dalam koc khas untuk wanita, nilai empati masih kurang.

Pihak Rapid KL turut mengulas isu berkenaan selepas ia tular. Mereka menyatakan rasa kesal melihat situasi seperti itu berlaku dan menegaskan bahawa penumpang sepatutnya lebih prihatin terutamanya apabila melibatkan individu yang mempunyai kesukaran fizikal.

Insiden ini sekali lagi membuka mata masyarakat bahawa penggunaan pengangkutan awam bukan hanya soal sampai ke destinasi, tetapi juga tentang tanggungjawab sosial. Kepekaan terhadap orang sekeliling, terutama mereka yang memerlukan, adalah asas kepada budaya beretika di dalam tren.

Sumber: TikTok

ERA Muzik Hit Terkini