Skip to main content

Advertisement

Hiburan

'Catwalk' Di KL Fashion Week 2024, Penyampai Radio ERA Pecah Tradisi

penyampai radio era pecah tradisi, catwalk di kl fashion week 2024

Penyampai radio ERA diberi penghormatan untuk menjadi model bagi memperagakan busana daripada salah satu jenama lokal iaitu Super Sunday di acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2024 yang bertempat di pekarangan Menara Berkembar Petronas.

Advertisement

Menurut Pengurus Saluran ERA, Azah Sahrin, peluang ini tidak wajar disia-siakan kerana penyampai radio di bawah kendaliannya menjadi penyampai radio pertama di Malaysia yang berpeluang untuk catwalk di KLFW.

Perkara ini juga dilihat bahawa mereka memecahkan tradisi majlis peragaan fesyen pakaian yang sering memfokuskan model-model terkenal dan popular.

“KL Fashion Week amat berani ketengahkan penyampai radio sebagai model catwalk dan ia amat luar biasa kerana model dari penyampai radio ERA hadir dalam pelbagai saiz, rupa dan perwatakan yang lain daripada model yang biasanya tinggi dan kurus,” ujar Azah.

Tambah Azah, antara penyampai radio ERA terlibat ialah Nabil Ahmad, Radin, Shasha, Munaa Bella, Hawa Rizwana, Fazziq Muqriz, Ray DapDap dan bekas pemain bola sepak negara iaitu Safee Sali.

 

 

ERA Muzik Hit Terkini