Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penyanyi Popular Indonesia Ini Akui Jadi Gemuk Sebab COVID-19

Seorang penyanyi popular dari Indonesia, Aura Kasih, 33, mendakwa jangkitan COVID-19 yang dialaminya sebelum ini menjadi punca berat badannya naik mendadak.

penyanyi popular indonesia ini akui jadi gemuk sebab covid-19

Menurut Aura, beliau dijangkiti COVID-19 pada Disember lalu dan sejak dari itu, selera makannya bertambah sebaik sahaja sembuh daripada wabak maut berkenaan.

Advertisement

Beliau mendakwa, nafsu makannya kini naik sebanyak lima kali ganda.

“Sejak dijangkiti COVID-19, nafsu makan naik lima kali ganda.

“Dalam masa sebulan, berat badan saya naik lima kilogram”, tulisnya di laman Instagram.

Selain itu, anak perempuannya, Arabella, 2, turut dijangkiti COVID-19, namun kini sudah sembuh sepenuhnya.

Katanya lagi, dugaan COVID-19 ini dilihat sebagai dugaan dan tanda dari Tuhan mahu menegur kehidupannya selama ini, dan mengakui banyak belajar perkara baharu sepanjang menjadi pesakit COVID-19.

Sumber: Kosmo!

ERA Muzik Hit Terkini