Selepas menimbulkan pelbagai spekulasi mengaitkan pengacara, pelakon dan juga usahawan terkenal, Neelofa bersama PU Rizz baru-baru ini, individu yang dipercayai menjadi penyebar cerita kononnya Neelofa dan PU Rizz sudah bernikah di Kelantan, kini sedang dicari.

Advertisement
Memetik laporan Kosmo, perkara itu dikongsi oleh pembantu peribadi Neelofa, iaitu Nadia Khairuddin memaklumkan kini sedang mengesan wanita yang dipercayai individu di sebalik tangkapan layar perbualan WhatsApp yang tular.
Hasil carian di Twitter juga mendapati akaun wanita berkenaan sudah dinyahaktifkan.
Terdahulu, tangkapan layar perbualan WhatsApp antara dua individu itu tular di media sosial, sebelum menimbulkan kontroversi kononnya hubungan Neelofa dan PU Rizz dilanda badai.

Bagaimanapun, Neelofa tampil dalam satu video menafikan segala dakwaan yang timbul, sambil meminta agar mendoakan yang terbaik sahaja buat mereka dan keluarga.
Sumber: Kosmo!