Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Awal Dedah Perangai ‘Pelik’ Scha Sejak Mengandungkan Anak Kedua

Isteri kepada pengacara dan pelakon Awal Ashaari, iaitu Scha Alyahya, kini sedang hamil anak kedua mereka yang sedang berusia empat bulan.

awal dedah perangai ‘pelik’ scha sejak mengandungkan anak kedua

Advertisement

Tidak dinafikan wanita berbadan dua memang mempunyai banyak ragam dengan emosi kurang stabil hingga mempengaruhi mood. Sama jua yang terjadi kepada pelakon ini.

Menurut Awal, isterinya itu merasa rimas dengan media sosial, sehingga pernah terdetik untuk deactivate account diawal trimester pertamanya.

awal dedah perangai ‘pelik’ scha sejak mengandungkan anak kedua

Katanya, Scha sangat rimas dengan telefon termasuklah media sosial dan pernah mempersoalkan mengapa perlu update akaun setiap hari.

Ekoran daripada itu juga, Scha pernah meluahkan hasrat mahu memadam akaunnya, namun berjaya dihalang oleh Awal dan beliau sendiri membantu menguruskan akaunnya itu.

Selain tidak gemar dengan media sosial, Scha juga dikatakan sensitif dengan bunyi bising, termasuk bunyi pada televisyen, nada dering dan bunyi notifikasi pada telefon bimbit.

awal dedah perangai ‘pelik’ scha sejak mengandungkan anak kedua

Disebabkan itu jugalah, Awal dan keluarga kini menonton televisyen tanpa membuka suara bagi melayan kehendak Scha.

Sumber

ERA Muzik Hit Terkini