Bila kita ke sebuah konsert atau persembahan live, pasti kita amat nanti-nantikan persembahan menarik artis di atas pentas. Tapi berbeza pula dengan seorang gadis dari China ini.

Dipetik daripada Weibo, seorang gadis dirakamkan sedang menonton drama bersiri menerusi telefon bimbitnya, ketika beliau sedang menghadiri konsert artis terkenal, Jay Chou pada 24 Ogos yang lalu.
Advertisement


Ketika peminat lain yang berada disekelilingnya sedang berhibur dengan Jay Chou bertajuk Waiting For You, gadis berkenaan dirakamkan sedang menumpukan perhatian kepada telefon bimbitnya sahaja.
{^media|(width)500|(height)400|(ext).mp4|(url)https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2018/ogos-18/004oqk2plx07n9xttslm01040200nkso0k010.mp4^}
Peminat-peminat Jay Chou yang tidak dapat ke konsert berkenaan nyata terkejut dengan tindakan gadis berkenaan sambil berkata, “Saya telah cuba sehabis mungkin untuk mendapatkan tiket ke konsert ini namun gagal, dia patut berikan tiketnya kepada saya”.
