Skip to main content

Advertisement

Hiburan

BUDI95: Petrol RON95 Hanya RM1.99 Seliter Mulai 30 September

budi95: petrol ron95 hanya rm1.99 seliter mulai 30 septemberFoto: Instagram

Kerajaan MADANI mengumumkan pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang membolehkan rakyat Malaysia membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter bermula 30 September 2025.

Advertisement

Manakala, bagi bukan warganegara, harga tanpa subsidi akan dikenakan pada kadar anggaran RM2.60 seliter.

Menerusi skim ini, semua warganegara Malaysia dengan lesen memandu aktif secara automatik layak menikmati harga subsidi, tanpa mengira tahap pendapatan.

 

 

Walau bagaimanapun, setiap individu ditetapkan had kelayakan bulanan sebanyak 300 liter, kecuali pemandu e-hailing yang boleh memohon kuota lebih tinggi.

Kementerian Kewangan memaklumkan butiran lanjut berhubung pelaksanaan BUDI95 akan diumumkan dalam masa terdekat.

Dalam kenyataan rasmi, Kerajaan MADANI menegaskan langkah ini sebagai usaha berani dan adil untuk mengawal kos sara hidup rakyat di sebalik ketidaktentuan ekonomi global.

“BUDI95 mencerminkan komitmen kerajaan dalam melindungi rakyat, memperkukuh kewangan negara serta memastikan manfaat dapat dinikmati bersama oleh semua lapisan masyarakat,” kata kenyataan itu.

Kerajaan turut menyeru rakyat agar terus bersatu padu dalam memastikan ekonomi negara kekal kukuh dan berdaya tahan menghadapi cabaran mendatang.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini