Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Ten Years of Work, Sacrifice, and Belief…” - Phoenix Diana Terima Jemputan Ke WWE Tryout

“ten years of work, sacrifice, and belief…” - phoenix diana terima jemputan ke wwe tryoutFoto: Instagram

Nama Phoenix Diana terus mencipta sejarah apabila pegulat profesional wanita berhijab dari Malaysia itu secara rasmi menerima jemputan ke WWE Tryout, sekali gus meletakkannya selangkah lebih dekat ke pentas gusti profesional terbesar dunia.

Advertisement

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Phoenix Diana menerusi akaun Instagram rasminya, @nordianapw, dalam satu hantaran yang mencerminkan perjalanan panjang penuh pengorbanan sejak sedekad lalu.

            ⁠“Guess who’s invited to a WWE tryout?

            ⁠Ten years of work, sacrifice, and belief all leading to this moment,” tulisnya.

Menurut Phoenix, jemputan itu hadir hasil kepercayaan terhadap proses yang telah dilaluinya selama bertahun-tahun, daripada latihan awal sehinggalah pendedahan di peringkat antarabangsa. Dia turut menzahirkan rasa terima kasih kepada individu dan organisasi yang membentuk kariernya.

            ⁠“I’m grateful for the people who helped shape this journey, especially my coach Ayez Shaukat Fonseka and the world-class training at APAC Wrestling, and the experience I gained at Bayley’s Lodestone,” katanya.

WWE Tryout merupakan sesi pemilihan eksklusif anjuran World Wrestling Entertainment yang menilai bakat gusti dari seluruh dunia merangkumi aspek fizikal, teknikal, karisma dan keupayaan membina karakter.

Peserta yang menyerlah berpeluang ditawarkan kontrak pembangunan dan menjalani latihan di WWE Performance Center di Orlando, Florida.

 

 

Bagi Phoenix Diana, jemputan ini bukan sekadar pencapaian peribadi, malah membawa makna besar buat arena sukan tempatan.

Sebagai penggusti wanita berhijab, kehadirannya di pentas antarabangsa mencabar stereotaip dan membuktikan bahawa hijab bukan penghalang untuk bersaing dalam sukan lasak yang selama ini didominasi lelaki.

Mengakhiri perkongsiannya, Phoenix menegaskan kesediaannya untuk memberikan sepenuh komitmen demi merebut peluang ini.

            ⁠“I trust the work I’ve put in and the process that got me here. Ready to give everything and earn my place,” katanya.

Kini, seluruh perhatian tertumpu kepada langkah seterusnya Phoenix Diana. Sama ada berjaya menembusi WWE atau tidak, jemputan ke WWE Tryout ini sudah cukup membuktikan bahawa namanya kini berada dalam radar global, sekali gus mengangkat bendera Malaysia ke pentas gusti profesional dunia.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini