Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bekas Suami Cuba Berbaik Tapi Pintu Hati Bella Astillah Masih Tertutup

Umum mengetahui kisah antara Bella Astillah yang telah bercerai bersama bekas suami, Aliff Aziz sejak dua bulan yang lalu.

aliff aziz dan bella astillah sah bercerai

Advertisement

Menurut Bella, meskipun bekas suaminya itu dilihat sedang cuba berbaik semula dengannya, Bella kini hanya mahu menumpukan perhatian pada anak dan keluarganya.

“Ramai yang kata Aliff meroyan dalam Instagram, tetapi saya memahami keadaan dia yang agak kehilangan kerana sebelum ini semua perkara dalam hidupnya diuruskan oleh saya.

“Buat masa sekarang, pintu hati saya masih tertutup rapat. Jika suatu hari nanti, andai ada jodoh, saya akan menerimanya, tetapi yang pasti tidak dalam masa terdekat," jelasnya pada Kosmo!.

ramai terhibur bila lihat bella astillah menari lagu bts

Tambah Bella lagi, beliau menafikan bahawa bekas suaminya itu gila talak, sebaliknya Aliff Aziz kini sedang cuba meneruskan kehidupannya seperti biasa.

ERA Muzik Hit Terkini