Watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp, adalah watak yang penting dalam filem Pirates of the Caribbean. Tetapi selepas 15 tahun watak ini menghiasi filem aksi pengembaraan, Disney dilaporkan merancang satu reboot dan nama Depp tiada dalam perancangan mereka.

Penulis skrip, Stuart Beattie dilaporkan telah mengesahkan perkara itu dengan memberi alasan keseluruhan francais tersebut akan diolah.
Advertisement
"Saya fikir Jack Sparrow akan menjadi legasi terhebat Depp. Ia satu-satunya watak yang dimainkan Depp sebanyak lima kali, peminat tentu akan mengingatinya dengan watak itu," kata Beattie.
Terdahulu, Depp, 55, dilaporkan bergelut dengan masalah peribadi dan kewangan, serta tular foto pelakon ini dalam keadaan kurus dan tidak terurus, tetapi dinafikan Depp dan menyatakan ia adalah untuk pengambaran sebuah filem.

Sumber: Awani
