Foto: Instagram
Jenama pakaian Melayu terkenal, Elrah Exclusive, baru-baru ini terlibat dalam kontroversi selepas dituduh meniru rekaan keris pada sampin, yang didakwa milik keluarga Emran Rijal, yang telah dihasilkan sejak tahun 1890.
Advertisement
Dakwaan tersebut mencetuskan perdebatan apabila pemilik Elrah, El Azman, didakwa gagal memberi respons selepas dihubungi pihak yang terbabit.
Dalam satu kenyataan rasmi, El Azman menafikan dakwaan plagiat tersebut. Menurutnya, motif keris bukan hak eksklusif mana-mana pihak kerana ia adalah sebahagian daripada warisan budaya Nusantara yang dikongsi bersama.
El Azman juga menjelaskan bahawa hak cipta rekaan sampin itu hanya didaftarkan pada tahun ini, bukan sejak 1890 seperti yang didakwa oleh pihak keluarga Emran.
Oleh itu, pihak Elrah berpendapat bahawa tiada sebarang kesalahan dilakukan kerana tiada bukti yang sah bahawa rekaan tersebut sudah wujud lebih daripada 100 tahun.
El Azman turut mempersoalkan mengapa dakwaan ini hanya dibangkitkan sekarang, terutamanya selepas sampin itu digunakan dalam koleksi Hari Raya tahun ini.
Jika rekaan itu benar-benar wujud sejak 1890, mengapa keluarga Emran tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini.
“Kenapa sekarang baru dibangkitkan?” ujar El Azman.
Foto: Instagram
Selain menafikan dakwaan tersebut, El Azman menegaskan bahawa Elrah Exclusive menghormati hak harta intelek dan warisan budaya.
Mereka menolak dakwaan yang tidak berasas dan berjanji untuk mempertahankan hak mereka.
Malah, beliau turut menegaskan bahawa reka bentuk mereka adalah hasil karya asal tanpa meniru mana-mana rekaan pihak lain.
Sebagai peringatan, El Azman memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang cuba mencemarkan reputasi Elrah Exclusive.
Sumber: Instagram