Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Polis Siasat Chef Wan, Kaitkan Gaun Aishwarya Rai dengan Thaipusam

polis siasat chef wan, kaitkan gaun aishwarya rai dengan thaipusam

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman membuka siasatan ke atas Datuk Redzuawan Ismail yang lebih dikenali sebagai Chef Wan, 66 susulan hantaran beliau berbaur perkauman pada salah satu hantaran bintang Bollywood, Aishwarya Rai.

Advertisement

Chef selebriti terkenal itu meninggalkan komen tentang gaun yang dipakai oleh Aishwarya Rai di Festival Filem Cannes tersebut dikatakan seperti membawa Kavadi ke upacara Thaipusam yang biasanya diadakan di Batu Caves.

Natijah daripada komen yang beliau tinggalkan, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sokarno Mohd Zahari menyatakan bahawa pihaknya telah menerima satu laporan mengenai isu tersebut.

“Walaupun demikian, kes ini telah diserahkan kepada USJT kerana membabitkan aspek 3R iaitu agama, kaum dan raja”, ujar Ahmad Sukarno.

Beliau juga turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh aspek 3R kerana boleh menggugat keselamatan dan keamanan negara kita yang berbilang kaum. 

Sumber: Astro Gempak

ERA Muzik Hit Terkini