BTS adalah kumpulan K-Pop pertama yang membuat persembahan di 2017 American Music Awards pada hari Ahad yang lalu, dan mencuri perhatian serata dunia.
Sementara kumpulan BTS yang terkenal dengan lagu DNA ini menjadi buah mulut peminat-peminat K-Pop serata dunia, ada satu kes dilaporkan apabila polis menyiasat sebuah rumah gadis yang dilaporkan menjerit kerana menyaksikan kumpulan itu di kaca TV.
Advertisement

Gadis tersebut menjerit kerana teruja melihat persembahan BTS di malam American Music Awards dan jiran terdekat segera menelefon polis kerana khuatir ada perkara tidak diingini berlaku.
Polis datang menyiasat rumah gadis terbabit, dan jeritan itu adalah hanya kerana gadis itu teruja melihat BTS di kaca TV.
I ASKED HER FOR THE VIDEO AND FUFUFGI pic.twitter.com/1JEp5lWyZK
— . (@peidpipier) November 20, 2017
Sumber: All Kpop