Skip to main content

Advertisement

Hiburan

BLACKPINK Is Coming! Poster Awal Comeback Buat Peminat Teruja

Teaser comeback pertama BLACKPINK akhirnya telah didedahkan!

selepas jennie, kini semua ahli blackpink akan ada lagu sendiri

Terbaru, YG Entertainment telah melancarkan teaser poster kemunculan semula BLACKPINK di Twitter, dengan menyatakan tarikh untuk pra-rilis single BLACKPINK yang akan datang iaitu pada 26 Jun ini. Ini juga menjadi petanda bermulanya siri "three-step comeback", seperti yang disahkan oleh YG Entertainment pada awal Mei.

Advertisement

blackpink is coming! poster awal comeback buat peminat teruja

YG Entertainment juga sebelum ini mendedahkan bahawa album penuh kumpulan itu akan dilancarkan pada bulan September dan akan diikuti oleh pelancaran lagu solo setiap satu daripada setiap anggota BLACKPINK.

Baru-baru ini, BLACKPINK juga memberitahu bahawa mereka telah berkolaborasi bersama Lady Gaga dalam "Sour Candy", yang membuat kemunculan pada carta Billboard's Hot 100 di tempat ke-33.

peminat luah rasa teruja gabungan lady gaga dengan blackpink

Adakah anda teruja untuk kemunculan semula BLACKPINK?

Sumber: Twitter

ERA Muzik Hit Terkini