Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Presiden Lee Puji Idol dari Malaysia, Lingling Sebagai Penghubung Budaya Korea-ASEAN

presiden lee puji idol dari malaysia, lingling sebagai penghubung budaya korea-aseanFoto: Instagram

Presiden Korea Selatan, Lee Jae‑myung, baru-baru ini menyebut nama Lingling, anggota kumpulan K-pop dari Malaysia KIIRAS, sebagai contoh unggul bakat serantau dalam ucapannya mengenai kerjasama antara Korea dan ASEAN.

Advertisement

Beliau berkata bahawa pencapaian Lingling bersama rakan-rakan ASEAN seperti LISA (Thailand), Wan Hapsa (Malaysia), Ten (Korea) dan Hani (Vietnam) menunjukkan betapa hubungan kreatif dan pertukaran budaya boleh mempererat hubungan Korea dengan negara-negara Asia Tenggara.

 

 

“Pencapaian mereka menjadi simbol bagaimana Korea dan ASEAN boleh saling rapat melalui kreativiti bersama,” kata Presiden Lee.

Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan Korea akan terus mengurangkan halangan dan mewujudkan rangka institusi yang membantu lebih ramai rakyat ASEAN merealisasi impian mereka bersama negara Korea.

Penyebutan nama Lingling amat sebagai penghormatan khas terhadap wakil Malaysia dalam industri hiburan Korea, menyerlahkan bahawa bakat dari negara kita bukan sahaja diiktiraf di peringkat domestik tetapi juga di pentas antarabangsa.

Sumber: X

ERA Muzik Hit Terkini