Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Proton Saga Tawan Litar Bersejarah UK, Jadi Tumpuan Dalam Perlumbaan Hagerty Hill Climb 2025

proton saga tawan litar bersejarah uk, jadi tumpuan dalam perlumbaan hagerty hill climb 2025

Foto: Facebook

Advertisement

Seorang lelaki dari United Kingdom telah mencuri perhatian peminat automotif antarabangsa apabila tampil membawa sebuah kereta Proton Saga untuk menyertai acara perlumbaan mendaki bukit yang berprestij, Hagerty Hill Climb 2025, di Shelsley Walsh, UK.

Kereta ikonik dari Malaysia itu bukan sekadar menarik perhatian kerana keunikannya, malah berjaya menyelesaikan perlumbaan di litar mendaki tertua di dunia yang masih digunakan hingga kini.

Lelaki tersebut, Jon Coupland, yang juga pemilik saluran YouTube “Jon Coupland Cars”, berkongsi keterujaannya selepas berjaya memandu kereta Proton Saga itu mendaki bukit dalam satu hantaran Facebook.

Dalam kenyataan ringkas tetapi penuh makna, Jon menulis: “Hebatnya, ini bukan imej AI. Saya baru sahaja mendaki bukit dengan memandu sebuah Proton. Nantikan video penuh perlumbaan ini!”

Tindakan Jon memandu kereta nasional Malaysia itu menarik pelbagai reaksi positif, khususnya daripada pengguna media sosial di UK dan Malaysia. Ramai mengakui pernah memiliki Proton Saga dan memuji tahap ketahanan serta kepraktikalannya. Tidak kurang juga yang teruja melihat kereta tempatan tampil di pentas sukan permotoran antarabangsa.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by VOCKET (@vocket)

 

Acara Hagerty Hill Climb kali ini dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-120 perlumbaan Shelsley Walsh, sebuah acara berprestij dalam dunia sukan bermotor yang bermula sejak tahun 1905. Ia merupakan antara perlumbaan hill climb paling lama di dunia yang masih mengekalkan laluan asal.

Proton Saga milik Jon bersaing dengan pelbagai model berkuasa tinggi lain termasuk Audi Quattro, Lancia Delta Yellow, MG Metro 6R4, Porsche 911 GT3, Renault Maxi 5 Turbo WRC, Rover SD1, dan Subaru Impreza. Kehadiran kereta dari Malaysia ini memberikan kepelbagaian dan sedikit elemen nostalgia dalam suasana perlumbaan moden.

Tindakan Jon ini bukan sahaja satu penghormatan kepada jenama Proton, tetapi juga secara tidak langsung mempromosikan keupayaan produk automotif Malaysia kepada dunia. Proton Saga yang terkenal sebagai kereta mampu milik, tahan lasak dan mudah diselenggara, kini turut dikenali kerana mampu bertanding dalam acara berprestij di peringkat antarabangsa.

Dengan usaha seperti ini, Proton tidak lagi sekadar menjadi jenama tempatan, tetapi simbol kebanggaan negara yang menunjukkan bahawa buatan Malaysia juga mampu berdiri sama tinggi dengan jenama-jenama global dalam dunia permotoran.

Sumber: Vocket

ERA Muzik Hit Terkini