Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dah Tak Duduk Sebumbung, PU Abu dan Isteri Dalam Proses Bercerai

Isteri kepada PU Abu, Hana Azraa mendedahkan bahawa perkahwinan mereka kini ibarat telur di hujung tanduk.

dah tak duduk sebumbung, pu abu dan isteri dalam proses bercerai

Menurut Hana, mereka kini dalam proses bercerai dan sudah tidak tinggal sebumbung.

Advertisement

"Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah.

"Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya.

"Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu. Tak nak mereka salah faham tentang kami.

"Walau bagaimanapun, saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri perkahwinan pertama) serta anak mereka sampai ke syurga

"Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik,"
, katanya.

Terdahulu, PU Abu dan bekas isteri, Ain ‘Afini telah bercerai pada Mei lalu dan netizen mengaitkan Hana sebagai punca penceraian mereka.

Sumber: Awani

dah tak duduk sebumbung, pu abu dan isteri dalam proses bercerai

ERA Muzik Hit Terkini